1001 kegunaan dan merupakan pohon yg di iktiraf paling rapat dengan kehidupan manusia seharian.
Kajian demi kajian telah membuktikan bahawa minyak kelapa dara merupakan minyak kesihatan yang mempunyai 1001 kegunaan sepertimana juga pohon kelapa.
Pemprosesannya yang tidak menggunakan haba dan bahan kimia membolehkan minyak kelapa dara bersifat asli sepenuhnya kerana struktur dalamannya di kekalkan.
|
 |
KELAPA DAN KEHIDUPAN ANDA
Minyak Kelapa Dara Asli
Read more |
| |
Pada tahun 1966, seorang penyelidik yang merupakan professor farmakologi dari Universiti Michigan telah membuat suatu penemuan besar yang mencungkil rahsia alam yang disimpan oleh minyak kelapa dara.
Beliau mendapati bahawa minyak kelapa dara berupaya membunuh virus, bakteria, kulat dan parasit. Cuba anda bayangkan betapa besarnya makna penemuan ini kerana dengan bersifat anti virus, bakteria, kulat dan parasit, minyak kelapa dara berupaya melawan atau menyembuh pelbagai penyakit.
Melihatkan kekuatan sifat minyak kelapa dara, pakar-pakar barat terus mencari kesan-kesan seterusnya yang boleh dilakukan oleh minyak kelapa dara ke atas pelbagai penyakit. Sekiranya berjaya, sudah pasti minyak kelapa dara di anggap sebagai kejadian tuhan yang paling bermakna untuk manusia sejagat.
Kajian-kajian dekad seterusnya telah mendapati bahawa minyak kelapa dara memberi pelbagai kesan positif seperti berikut:
1. meningkat dan memperbaiki sistem pertahanan badan 2. meningkat kadar metabolisma badan 3. anti virus, bakteria, kulat dan parasit yang semulajadi 4. anti oxida semulajadi 5. meningkat fungsi kelenjar tairoid 6. melindungi kesan sinaran ultra violet dalam cahaya matahari 7. tidak meningkatkan kepekatan atau platelet darah 8. meningkat penghadaman dan penyerapan khasiat makanan 9. berupaya menurunkan berat badan 10. meningkat pertumbuhan sel kulit, rambut dan badan manusia 11. membekal sumber tenaga dengan cepat 12. melembab dan melembutkan kulit 13. mengurangkan kesan penuaan dan kedutan pada kulit 14. mengurangkan kesan keracunan makanan 15. membakar dan mengurangkan kolesterol dalam badan 16. menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat 17. mengurangkan risiko dan kesan penyakit jantung 18. mengurangkan risiko dan kesan darah tinggi 19. mengurangkan risiko dan kesan kencing manis 20. mengurangkan risiko dan kesan demam 21. mengurangkan risiko dan kesan batuk biasa 22. mengurangkan risiko dan kesan batuk kering 23. mengurangkan risiko dan kesan selsema dan resdung 24. mengurangkan risiko dan kesan demam campak dan cacar air
|